Tuesday, September 29, 2009

uSAha MemarTABatkan Bahasa Melayu............



ABDUL Ghani Othman diiringi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Johor, Asiah Md Ariff dan Termuzi merasmikan Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia di Persada Johor semalam.


Persidangan yang berlangsung selama tiga hari ini merupakan anjuran bersama Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya (UM), Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) serta Dewan Bahasa Pustaka (DBP) dan Yayasan Warisan Johor itu dihadiri lebih 300 peserta dan kira-kira 50 pembentang kertas kerja, termasuk dari Russia, Jepun, India dan China. Hadir sama, Pengarah Akademi Pengajian Bahasa Melayu UM, Prof Madya Datuk Zainal Abidin Borhan; Dekan Fakulti Bahasa Upsi, Abdul Ghani Abu; Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abdul Aziz; dan Pengarah Yayasan Warisan Johor, Jama' Johan.

Dalam usaha utk memartabatkan Bahasa Melayu,Kementerian Luar telah diminta mewujudkan Atase Bahasa Melayu di kedutaan Malaysia di luar negara sebagai usaha mengembangkan Bahasa Melayu sebagai bahasa dunia. Pegawai berkenaan bukan saja perlu dilengkapkan dengan ilmu Bahasa Melayu bahkan ilmu mengenai kebudayaan Melayu. "Pegawai ini akan membantu Atase Pelajaran, Ekonomi dan Ketenteraan. Tugas mereka ialah membuka kelas Bahasa Melayu di Kedutaan Malaysia. Hal ini akan membolehkan, Bahasa Melayu berkembang sebagai bahasa dunia,"

No comments:

Post a Comment